Pisang Kukus Bruas

Ramuan / Bahan

Pisang Emas yang telah masak
Santan
Garam
Daun Pandan

Cara-cara

Pisang Emas dibuang kulitnya. Kemudian diatur didalam bekas. Bekas yang paling elok adalah bekas caserol kecil. hanya satu lapis pisang untuk satu bekas.

Santan kotak boleh digunakan. Tuang kedalam bekas dan campurkan garam secukup rasa. Kemudian tuang kedalam bekas sehingga menutup pisang.

Ikat daun pandan dan letakkan kedalam Bekas. Daun pandan adalah pilihan. Selepas itu kukus. Lebih kurang 15 minit atau bila santan telah mula naik. Jangan kukus terlalu lama kerana ini boleh membuat pisang menjadi terlalu masak.