Pisang Goreng Enam Minit

Ramuan / Bahan

1. Sebiji pisang tanduk - pisang lain pun boleh
2. Sedikit gula pasir
3. Minyak untuk menggoreng
4. Sedikit mentega

Cara-cara

1. Kupas pisang dan potong serong
2. Goreng dengan minyak panas sehingga keemasan
3. Angkat dan sapu mentega
4. Taburkan gula pasir atas pisang goreng
5. Hidang