Pengat Labu

Ramuan / Bahan

1 biji labu kuning
1 ½ cawan santan, daripada 2 biji kelapa 1 ½ cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 cawan air

Cara-cara

Labu dipotong kecil-kecil. Rebus bersama air hingga empuk. Kemudian masukkan gula. Kacau rata. Apabila gula larut masukkan santan dan daun pandan. Kacau sebati. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.