Paw

Ramuan / Bahan

Sebiji buah betik
50 gm gula 2 biji buah limau kasturi
Beberapa helai daun pudina sebagai hiasan

Cara-cara

Bahagi dua buah betik dan ketepikan sebelah. Keluarkan isi betik yang sebelah lagi dan kisar bersama-sama gula. Masukkan ketulan ais ke dalamnya dan kisar lagi. Keluarkan dan bentuk menjadi setengah bulat dan letakkan di atas betik yang sebelah lagi. Apabila menghidang, perahkan limau kasturi ke atasnya.