Pankek Jagung

Ramuan / Bahan

Secawan tepung.
Sebiji telur.
Jagung dalam tin( setengah).
Satu setengah cawan air.
Satu sudu besar gula
Satu sudu kecil garam

Cara-cara

Gaulkan ke semua bahan yang telah dinyatakan. Biarkan selama setengah jam untuk melembutkan bater gumpalan.

Untuk memasak: Panaskan kuali leper( non stik pan). Sapu sedikit mentege dan kemudian tuangkan adunan.Masak sehingga kedua -dua permukaan lempeng berwarna kekuningan atau garing. Kemudian hidangkan.