Pai Epal Hijau

Ramuan / Bahan

8 biji epaql hijau
2 sudu jus lemon
1 sudu tepung jagung
100 gm gula kastor
15 gm mentega Bahan-bahan pastri:
250 gm tepung gandum
125 gm mentega
Secubit garam
Sedikit air sejuk

Cara-cara

Gaul tepung, gula kastor dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh sederhana lembap. Sejukkan 30 minit. Bahagi dua pastri dan canai untuk melapikkan acuan pai. Nipiskan satu lagi untuk bahagian atas. Sejukkan. Sementara itu sediakan isi pai. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak selama lima minit. Sejukkan. Masukkan ke dalam acuan yang telah dialas pastri tadi. Ratakan dan tutup dengan sekeping lagi bahagian pastri. Hiasi tepi pastri dan bakar. Bakar selama 45 minit. Hidangkan sebahagian makanan pencuci mulut bersama krim atau aiskrim.