Pai Epal dengan Aiskrim

Ramuan / Bahan

225 gm gula perang
45 gm tepung gandum
30 gm mentega
1 sudu teh perahan lemon
ΒΌ sudu teh serbuk kayu manis
Secubit serbuk pala
5 biji epal (kupas kulit dan hiris nipis)
Aiskrim vanila Bahan-bahan doh:
150 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
45 gm mentega
175 ml susu

Cara-cara

Dalam periuk yang sederhana besar, masak 250 ml air bersama gula perang hingga pekat. Sejukkan. Masukkan mentega, perahan lemon, serbuk kayu manis dan buah pala ke dalam air gula tadi untuk dijadikan sos. Sementara itu susun hirisan epal ke dlaam dulang pembakar berukuran 12 x 8 cm. Curahkan sos ke atasnya. Panaskan ketuhar pada kepanasan 190C. Untuk membuat doh, ayak tepung dan serbuk penaik. Gaul tepung dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Campur susu ke dalam adunan. Uli hingga mendapat adunan lembut tetapi tidak lembik. Dengan menggunakan senduk, lapiskan adunan ke atas epal yang telah disusun. Bakar selama 40 minit. Bahagian atas sepatutnya berwarna perang. Hidangkan dengan aiskrim sebagai hidangan pencuci mulut, minum pagi atau petang.