Nanas Berkismis

Ramuan / Bahan

1 sudu besar perahan limau nipis
1 sudu besar air oren
250 ml sirap nanas
4 keping hirisan halia ½ camca teh serbuk rempah kek
Sedikit kismis
450 gm nanas gelang berkaleng
Sedikit gajus

Cara-cara

Jerang perahan limau nipis bersama air oren, sirap nanas, hirisan halia dan serbuk rempah kek di dalam periuk hingga tinggal separuh.

Masukkan kismis. Asingkan halia.

Atur nanas di dalam cawan koktel. Tuang sirap di atasnya. Taburkan pula gajus tadi.