Mousse Oren Dengan Buah Kiwi

Ramuan / Bahan

3 sudu besar parutan lemon
3 biji buah oren
3 biji buah kiwi (dihiris)
2 sudu besar jus oren
5 biji telur 1 cawan gula halus
2 sudu besar gelatin sayuran (direndam)
2 sudu besar serbuk agar-agar (dilarutkan)
1 ΒΌ cawan krim putar (dipukul hingga kembang)

Cara-cara

Kupas buah oren dan ambil jusnya sahaja.

Campurkan dengan pati jus oren dan panaskan di atas api sederhana selama 2 hingga 3 minit. Sejukkan.

Satukan telur dan parutan limau dan pukul adunan hingga kembang.

Panaskan gelatin di atas api sederhana sehingga cair dan masukkan ke dalam adunan telur. Kacau sebati.

Panaskan serbuk agar-agar di atas api sederhana panas selama 2 hingga 3 minit. Kemudian masukkan ke dalam adunan 2. Biarkan seketika.

Masukkan pula krim putar dan gaul lagi hingga adunan mesra.

Tuang separuh adunan ke dalam loyang berukuran 4 x 10 inci.

Atur buah kiwi di atasnya dan tuangkan baki adunan.

Sejukkan semalaman sebelum dihidang.