Mousse Mangga

Ramuan / Bahan

1 cawan gula pasir
¼ cawan air limau nipis
4 cawan isi mangga (dijadikan puri)
20 gm gelatin ¼ cawan air suam
3 - 4 cawan krim putar
Sedikit mangga dadu

Cara-cara

Masukkan gula dan air limau nipis ke dalam puri mangga. Larutkan gelatin bersama air suam. Letakkan mangkuk berisi puri mangga ke atas periuk berisi air mendidih. Kacau puri mangga hingga suam baru masukkan bancuhan gelatin. Apabila campuran puri mangga suam dan pekat, angkat dan letakkan di atas bekas berisi ketulan air batu. Putar krim yang disejukkan dahulu di dalam peti sejuk. Jangan putar terlalu lama atau terlalu cepat. Tuang krim putar ke dalam puri mangga lalu kaup dan balikkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam mangkuk berkaki dan taburkan mangga dadu. Selang-selikan mangga dadu dan adunan puri mangga. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.