Mousse Kiwi Berberi Biru

Ramuan / Bahan

6 biji kuning telur
175 gm gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
400 ml krim putar 200 ml susu segar
2 biji kiwi, dikupas kulitnya
5 sudu besar inti pai beri biru

Cara-cara

Kacau kuning telur bersama separuh gula pasir dan tepung kastard di dalam mangkuk hingga sebati.

Jerang krim putar bersama susu segar di dalam periuk di atas api perlahan, kacau hingga ia sebati.

Tuang krim bersusu di dalam bancuhan kuning telur, kacau hingga ia sebati.

Masukkan bancuhan tadi di dalam periuk, jerang semula di atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga ia pekat. Biar ia suam.

Kisar kiwi bersama baki gula pasir hingga ia sebati.

Kacau ia bersama separuh bancuhan krim tadi. Hidang ia di dalam gelas koktel.

Kacau beri biru dalam baki bancuhan krim. Bubuh bancuhan krim beri biru berselang seli dengan bancuhan krim berkiwi.