Morning Coffee Cheese Roll

Ramuan / Bahan

1 bungkus
1 bungkus
1 sudu besar
1 cawan
1 sudu besar

Biskut Morning Coffee (keluaran Tesco)
Philadelphia soft cheese
Butter/marjerin
susu segar
gula pasir
Jem (stawberry/resberry)
Aluminium foil
Sedikit air masak

Cara-cara

1.Lembutkan keju pada suhu bilik. Pukul keju bersama butter & gula pasir untuk disebatikan sahaja. Ketepikan. Cairkan jem dengan sedikir air masak supaya tidak berketul/pejal.Ketepikan.
2.Bentang aluminium foil dalam saiz A4.
3.Celup biskut satu demi satu dengan susu (sekadar basah dan tidak terlalu lembut). Atur susun biskut pada aluminium foil ditengah sekali dalam 3 barisan rapat-rapat.
4. Sapukan keju pada keseluruhan lapisan biskut diikuti dengan jem sebagai lapisan kedua.
5.Ulangi langkah No.3 tetapi dengan menyusun biskut pada barisan tengah biskut sahaja, untuk 2 ulangan.
6.Gulung biskut seperti membentuk segitiga, dengan kemas dan padat.
7.Sejukkkan di dalam freezer sehingga betul-betul keras.