Miniman Sejuk

Ramuan / Bahan

4 pt. (2.4 l.) susu
2 in. (5 cm) kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
10 oz. (315 g.) masu/sirap keemasan atau 8 oz. (250 g.) gula batu Bahan agar-agar:
¼ oz. (7 g.) agar-agar (direndamkan & ditoskan)
1 ½ pt. (900 ml.) air
8 oz. (250 g.) gula
1 camt. esen vanila
3-4 helai daun pandan (ditumbuk & diambil airnya)
1 camt. air
bahan pewarna merah dan kuning

Cara-cara

Untuk menyediakan agar-agar, masak agar-agar dengan air sehingga larut. Masukkan gula dan kacau sehingga hancur. Bila mendidih, angkat dan tapis. Tuangkan esen vanila dan kacau rata-rata, kemudian tuangkan campuran itu ke dalam tiga buah mangkuk. Warnakan satu bahagian dengan air daun pandan dan dua bahagian lain dengan warna kuning dan merah tiap-tiap satunya. Masukkan ke dalam petisejuk hingga beku dan keluarkan daripada acuan-acuan tadi. Parut dengan pemarut rojak dan campurkan. Ketepikan dahulu. Untuk menyediakan minuman, panaskan susu bersama rempah-rempah sehingga wangi baunya. Angkat dan tapis. Masukkan bahan pemanis, kacau hingga rata dan biarkan sejuk. Masukkan agar-agar parut. Tuangkan ke dalam gelas-gelas atau mengkuk-mangkuk yang berasingan dan tutupkan bahagian atasnya dengan airbatu parut.