Mayam Mengurai

Ramuan / Bahan

200 gm beras
400 gm susu segar
150 gm gula
8 biji kuning telur Bahan untuk puding:
300 gm susu segar
150 gm gula
Sirap ros
Gula melaka
Madu

Cara-cara

Masakkan beras yang telah dicuci bersama 400 gm susu segar dan 10 gm gula dengan api yang perlahan sehingga masak. Sementara itu, panaskan 300 gm susu segar bersama 150 gm gula sehingga mendidih dan perlahankan api. Masukkan bersama kuning telur yang telah dipukul kembang, kacau hingga pekat. Hidangkan nasi yang telah dimasakkan tadi bersama puding yang telah dimasakkan, kemudian sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama sirap ros, gula melaka dan madu.