Manisan Mangga Bersantan

Ramuan / Bahan

6 biji buah mangga (dibuang kulit)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa Gula secukup rasa
½ camca teh serbuk pelaga
½ cawan badam (cincang)

Hiasan :
½ cawan krim
Sedikit Ceri

Cara-cara

Mangga dipotong-potong & dicetak hingga lumat. Tuang santan ke dalam periuk & masukkan garam, gula & mangga lecek. Kacau hingga pekat. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila menghidang hiaskan dengan krim & ceri