Manisan Keluarga Carl

Ramuan / Bahan

untuk lapisan bawah
20 keping biskut susu
10 camca susu manis
6 camca gula
3 camca tepung gandum
2 camca tepung jagung
1 biji kuning telur
5 camca air panas
secubit garam untuk lapisan atas
2 cawan santan
1 biji kuning telur
6 camca gula
5 camca tepung gandum
1 camca tepung jagung
secubit garam

Cara-cara

untuk lapisan atas
biskut susu diblender halus dan ayak.Masukkan ke dalam tepung jagung dan tepung gandum yang telah diayak.Bancuh susu manis dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan biskut tadi.Kacau supaya tidak berketul.Dalam mangkuk pukul telur dengan gula dan secubit garam.Selepas itu masukkan ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga gula larut dan selepas itu dimasukkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam 45 minit
sementara menunggu lapisan bawah siap ,ayak tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk dan pukullah telur seperti tadi dan masukkan ke dalam adunan.Masukkan santan ke dalam adunan dan kacau sehingga tidak berketul dan gula larut.Selepas lapisan bawah keras,masukkanlah pula adunan dan kukuslah sehingga masak.