Penjan Ubi

Ramuan / Bahan

1 kg ubi kayu
400 gm gula melaka (dimasak hingga hancur)
4 cawan air 2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara

Ubi kayu dipotong dan dibuang kulit kemudian rebus hingga empuk dengan air secukupnya. Gula melaka dimasak dengan air hingga hancur. Ubi yang sudah empuk disatukan dengan gula dalam periuk. Masukkan garam dan daun pandan. Kemudian jerang di atas api. Biarkan mendidih dan angkat.