Mangga Manis

Ramuan / Bahan

1 mangkuk mangga yang masak
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan gula perang
1 batang kulit kayu manis
½ cawan jus oren

Cara-cara

Panaskan marjerin, masukkan mangga dan gula perang, kacau rata sehingga gula larut. Masukkan kulit kayu manis, kacau lagi. Biar sebentar hingga berbau wangi. Akhir sekali masukkan jus oren. Kacau rata. Sedia untuk dimakan.