Mahlabiah Resepi Keluarga

Ramuan / Bahan

1. 1 tin susu cair - full cream x manis
2. 2 tin air ( tin susu cair )
3. ½ tin susu pekat
4. 1 tin air ( tin susu pekat )
5. Tepung beras ( ½ tin susu cair )
6. Tepung jagung ( ¼ tin susu cair )
7. ½ tin air ( tin susu cair )

8. Garam secukup rasa
9. Air mawar secukup rasa
10. Serbuk pelaga
11. 4-5 sudu besar gula pasir
12. Daun pandan
13. Sedikit badam/kacang tanah goreng
14. Sedikit kismis

Cara-cara

1. Campur susu cair dan pekat serta garam dan daun pandan di dalam periuk.
2. Masak di atas api sehingga keluar wap.
3. Masukkan gula dan masak sehingga gula cair.
4. Gaul tepung beras dan jagung. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak. pastikan api tidak terlalu kuat.
5. Apabila sudah agak pekat dan masak, masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil.
6. Taburkan badam dan kacang serta kismis di atasnya.