Lup Cup

Ramuan / Bahan

2 cawan kacang dal (direbus hingga kembang)
garam
gula
2 cawan santan
pewarna mengikut buah 600 gm agar-agar (dimasak pekat)
lidi (ditajamkan hijungnya)
berus untuk mewarna buah
polly foam (untuk mengeringkan agar-agar yang telah dicelup)

Cara-cara

Kacang dal dan santan dimesin sehingga halus. Kemudian dikacau bersama gula dan garam di dalam kuali dengan api yang sederhana sehingga boleh dibentuk menjadi buah-buahan. Bentuklah mengikut buah pilihan anda. Celupkan buah yang telah diwarnakan di dalam agar-agar suam sebanyak 3 - 4 kali. Gunakan lidi semasa mencelup buah-buahahn dan cucuk diatas benda lembut (polly foam).