Lempeng Epal

Ramuan / Bahan

3 biji epal (dibuang kulit dan hiris nipis)
60 gm mentega
1 sudu teh serbuk kayu manis
120 gm gula kastor 50 gm tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)

Cara-cara

Panaskan mentega dan masukkan serbuk kayu manis dan gula. Biar cair dan alihkan sebentar. Tuang ke dalam acuan kek bulat berukuran 10 cm dan aturkan hirisan epal. Panaskan di dalam ketuhar selama 10 minit. Sementara itu pukul telur kuning telur bersama gula dan masukkan susu segar. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kacau rata. Ketepikan sebentar. Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan kuning telur tadi. Tuang adunan ke atas epal yang telah disusun dan bakar selama 10 minit. Bila masak, letak di atas pinggan dan hidang semasa panas. Epal sepatutnya di bahagian atas.