Kuini Bersantan

Ramuan / Bahan

2 biji buah kuini yang masak ranum
2 sudu besar gula kabung(dicairkan)
2 sudu besar gula pasir

1 cawan pati santan pekat
2 biji buah kembang semangkuk
Sedikit garam

Cara-cara

Hiris buah kuini berbentuk kiub.

Rendam buah kembang semangkuk dan ambil isinya.

Campurkan buah kuini, gula kabung, pati santan, buah kembang semangkuk, gula pasir dan garam ke dalam cawan koktel.

Sejukkan di dalam peti sejuk sebentar. Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidangkan.