Krim Karamel Oren

Ramuan / Bahan

60 g gula halus
4 biji telur
560 ml susu sejat
2 camca teh esen vanila
1 camca teh esen oren
1 biji limau oren, diparut kulitnya Bahan-bahan gula hangus:
180 g gula pasir
150 ml air

Cara-cara

Masak gula pasir bersama air di dalam periuk hingga ia keperangan. Tuang gula hangus tadi di dalam beberapa biji mangkuk kecil. Ketepikan. Putar gula halus bersama telur hingga ia kembang. Masukkan susu sejat bersama esen vanila, esen oren dan parutan kulit limau oren. Putar hingga ia sebati. Tapis adunan ke dalam mangkuk kecil tadi. Kukus ia 30 minit. Keluarkan. Biar ia sejuk. Terbalikkan krim karamel ke dalam piring.