Kastard Telur dengan Kayu Manis

Ramuan / Bahan

7 biji telur
200 gm gula
1 liter susu segar Sedikit kayu manis
½ biji jus lemon

Cara-cara

Pukul gula dengan telur dengan rata. Panaskan susu, bila sudah panas masukkan jus lemon dan serbuk kayu manis ke dalam adunan telur. Tuang adunan dalam acuan dan kukus selama 45 minit biarkan hingga masak. Angkat dan sejukkan, kemudian letakkan di dalam piring dan hias dengan buah-buahan.