Kastard Jagung Prapp

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan susu cair
½ tin jagung
secubit garam
air 2 cawan

Cara-cara

1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Sementara itu, masukkan tepung kastard, gula, susu cair dan secubit garam ke dalam blender.Kisarkan hingga kembang.
3. Tapis dan masukkan bahan kisaran ke dalam air mendidih.
4. Kacau sehingga menggelegak.
5. Masukkan jagung tin dan kacau sehingga sebati.
6. Angkat dan sejukkan.