Kastard Jagung Aimaaaa

Ramuan / Bahan

1 cawan gula
1 cawan tepung kastard
1 kotak santan cair segera
1 cawan susu cair
½ tin jagung tin
secubit garam
2 cawan air

Cara-cara

1. Didihkan air dalam periuk
2. Sementara itu,kisar gula, tepung kastard, susu cair, santan dan garam.
3. Tapis dan masukkan adunan ke dalam air mendidih.
4. Kacau hingga pekat.
5. Masukkan jagung ke dalam adunan.
6. Angkat dan sejukkan di dalam dulang.