Oat Bersantan

Ramuan / Bahan

1 tin oat
1 gelas tepung jagung
4 gelas santan, daripada 2 biji kelapa
10 biji bawang merah, dimayang dan digoreng
8 ulas bawang putih, dikisar 200 gm udang kering, dikisar
2 camca sedang serbuk lada sulah
4 camca sedang minyak sapi
Garam secukupnya

Cara-cara

Kacau tepung jagung bersama santan. Apabila naik wap, masukkan oat. Kacau hingga rata. Masukkan bawang goreng, garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan udang kering. Kacau lagi. Kemudian masukkan minyak sapi. Kacau hingga masak. Isi di dalam acuan mengikut suka.