Karamel Lazat Rupawan

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan :

5 Biji telur bersaiz sederhana
1 Tin Susu Cair
1 camca kecil esen vanila
5 camca besar gula pasir (karamel)
1 camca besar gula pasir (masukkan bersama telur)

Cara-cara

1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dan panaskan di atas api yang perlahan.
2. Jangan masukkan air walaupun sedikit.
3. Kacau sehingga ianya keperang-perangan dan angkat.
4. Masukkan karamel tadi ke dalam loyang.
5. Pecahkan telur dan gula (1 camca besar)ke dalam susu cair dan putar hingga sebati, masukkan esen vanila.
6. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
7. Bakar @ kukus sehingga masak.