Junjung Kasih

Ramuan / Bahan

Suku biji tembikai kuning
2 biji epal
1 biji mangga
1 biji tembikai susu 3 biji buah kurma segar
Ceri (sebagai hiasan)
Payung kertas (sebagai hiasan)
Beberapa batang lidi

Cara-cara

Potong tembikai berbentuk tiga segi dan diambil kulitnya. Ukir kulit tembikai tersebut menjadi berbentuk daun tiga lapis.

Letakkan kulit tembikai yang diukir di dalam gelas untuk gubahan.

Potong mangga dan hiris menjadi empat persegi dan letak di sisi kiri kulit tembikai.

Ukir epal menjadi bentuk daun cucuk disisi kanan gelas.

Cucuk dan susun kurma di atasnya dan hiaskan dengan ceri dan payung kertas. Siap untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut di atas meja santapan pengantin.