Jeli Berkastard

Ramuan / Bahan

1 tin kecil buah-buahan koktel
400 ml air mendidih
1 kotak jeli
3 camca besar tepung kastard 3 camca besar gula
500 ml susu segar
Sedikit krim putar

Cara-cara

Letakkan satu camca besar buah-buahan di dalam mangkuk atau cawan kecil-kecil.

Tuang air mendidih ke dalam serbuk jeli, kacau sampai hancur. Tuang ke dalam bekas berisi buah-buahan tadi.

Campur tepung kastard, gula dan tiga camca besar susu. Kacau sebati.

Panaskan susu segar, jangan sampai mendidih.

Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi.

Tuang di atas jeli. Sejukkan dalam peti sejuk. Hias dengan sedikit krim apabila menghidang.