Halwa Kelapa

Ramuan / Bahan

2 biji kelapa
700 gm gula pasir
3 cawan air (untuk memasak gula) 1 sudu teh kapur sirih
Sedikit pewarna

Cara-cara

Isi kelapa dihiris nipis kemudian dipotong halus panjang.

Rendam isi kelapa dalam air kapur dan pastikan semuanya tenggelam dalam air.

Selepas setengah jam, angkat dan basuh hingga bersih. Tuskan.

Masak air gula hingga likat dan bahagikan kepada tiga bahagian.

Masukkan pewarna pilihan anda ke dalam setiap bahagian.

Sejukkan dan masukkan isi kelapa ke dalam air gula semalaman.

Tuskan isi kelapa dan masak baki air gula rendaman hingga lebih likat secara berasingan.

Masukkan semua isi kelapa dan gaul rata dalam pekatan air gula. Gunakan garpu dan angkat.

Bentukkan bulat. jemur di bawah matahari hingga kering. Tutup dengan kain nipis putih sepanjang menjemurnya.