Moi Saderi

Ramuan / Bahan

75 gm daun saderi
2 sudu besar minyak
½ sudu teh serbuk lada hitam
3 cawan air ½ cawan beras
2 labu bawang besar
Garam secukup rasa

Cara-cara

Mayang bawang besar nipis-nipis dan goreng hingga kuning. Lecek bawang. Basuh beras bersih-bersih dan jerang bersama bawang lecek. Masak hingga beras kembang seperti bubur lambuk. Masukkan garam. Potong daun saderi 1.5 cm. Apabila menghidang, taburkan serbuk lada dan daun saderi.