Gulungan Nangka Bersira

Ramuan / Bahan

10 ulas nangka masak
½ cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
¾ cawan anggur serbuk ½ cawan mentega
12 keping kepingan fillo pastry
2 sudu besar serbuk roti

Cara-cara

Buangkan biji nangka dan kemudian dihiris nipis. Campurkan nangka bersama gula, serbuk kayu manis, anggur kering dan 2 sudu mentega cair. Hamparkan kepingan fillo pastry dan beruskan mentega cair di antara kepingan fillo pastry dan letakkan campuran epal di tengah. Kemudian gulung mengikut saiz yang dikehendaki. Beruskan mentega cair di atas gulungan. Panaskan ketuhar 140C dan bakar gulungan nangka bersira selama 30 minit. Keluarkan dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.