Gulab Jamun

Ramuan / Bahan

200 gm susu tepung
125 ml susu segar
750 gm gula
1 liter air 1 kg Ghee
4 biji buah pelaga
4 titik air mawar

Cara-cara

1. Didihkan air bersama dengan gula dan air mawar. Masak sehingga menjadi sirap gula yang pekat. Ketepikan
2. Di dalam bekas, adun susu tepung bersama dengan susu segar sehingga menjadi doh yang lembut
3. Kemudian letakkan sedikit Ghee di tapak tangan untuk membulat-bulatkan doh. Lakukan sehingga habis
4. Di dalam kuali, cairkan Ghee dan gunakan api yang perlahan
5. Masukkan adunan doh yang dibulat kecil tadi, masak sehingga warnanya berubah menjadi perang.
6. Setelah itu, rendam bebola tersebut di dalam sirap mawar yang masih panas selama 30 minit.