Flan Coklat

Ramuan / Bahan

1 cawan gula pasir
½ cawan air
1 ½ cawan susu sejat
1 ¼ susu pekat
1 cawan krim keju ½ cawan mentega
½ cawan coklat atau serbuk koko
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Masak gula dan air di atas api yang perlahan sehingga warnanya bertukar keperangan dan likat.Kemudian, tuangkan larutan gula itu ke dalam mangkuk(pastikan mangkuk itu boleh dibakar di dalam ketuhar)
Kemudian, adunkan susu sejat,susu pekat,krim keju,mentega,coklat,telur dan esen vanila sehingga betul-betul sebati.
Tuangkan larutan bahan-bahan itu ke dalam mangkuk yang diisi dengan larutan gula tadi.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 350 darjah selama 35-45 minit.
Selepas itu, sejukkan mangkuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk semalaman.
Telangkupkan mangkuk untuk mengeluarkan flan sebelum sedia untuk dihidangkan.