Epal Toffee

Ramuan / Bahan

6 biji epal
2 cawan sirap jagung
1 keping kulit kayu manis (jika suka) 5 cawan gula kastor
2 ½ cawan air
½ sudu teh pewarna merah atau hijau

Cara-cara

Cucuk bahagian tengah epal dan ketepikan. Campurkan gula, sirap jagung dan air di dalam bekas dan didihkan. Kacau hingga gula hancur dan biarkan mendidih hingga gula likat. Masukkan kulit kayu manis dan pewarna. Angkat daripada api. Celupkan setiap biji epal ke dalam sirap. Letakkan di atas dulang yang dialas kertas minyak dan biarkan keras.