Epal Karamel

Ramuan / Bahan

Sebiji buah epal hijau atau merah
Sepotong buah oren
3 biji strawberi 100 gm gula pasir
2 keping kulit kayu manis
3 sudu krim epal (campuran vanila dan yoghurt)

Cara-cara

Masak gula hingga berwarna keperangan. Masukkan kulit kayu manis dan epal. Didihkan seketika dan sejukkan. Masukkan ke dalam bekas dan hiasi dengan oren dan strawberi. Hidangkan bersama-sama krim.