Easy Custard Caramel

Ramuan / Bahan

Untuk caramel:

4 senduk gula
2 senduk air Untuk custard:

1 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu penuh tepung kastad
1 tin air ( ikut tin susu yg digunakan )

Cara-cara

cara membuat caramel:

masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yg sederhana hingga gula menjadi pekat kuning keperangan. tutup api dan tuang caramel ke dlm loyang pengukus.

cara membuat custard:

campurkan kesemua bahan susu, telur tepung kastad dan air ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati ( 2-3 minit).

Tuang bahan kastad ke atas caramel yg telah dimasukkan dlm loyang pengukus tadi.

kukus hingga masak ( 30 - 40 minit ). setelah masak sejukkan sebentar dan diterbalikkan dgn berhati-hati ke dalam piring.