Dadih Mocca

Ramuan / Bahan

300 g serbuk dadih segera perisa vanila
3 liter air
1 tin susu cair
2 sudu nescaffe 1 *cup coffemate
1 *cup gula pasir

*Cup kecil bertutup yg dijual di Macro. Bukan cup yang tinggi.

Cara-cara

Panaskan air kemudian masukkan dadih dan kacau rata. Kemudian, masukkan gula, coffemate, susu cair dan nescaffe serta dikacau rata hingga mula mendidih. Tutup api dan tuang bancuhan dalam jug bermuncung. Masukkan dalam cup kecil, tutup dan sejukkan dalam peti sejuk.