Dadih Istimewa

Ramuan / Bahan

380 ml krim putar
120 g gula pasir
4 camca teh gelatin sayuran (direndam 90 ml air 10 minit)
540 ml dadih
1 camca teh esen vanilla Bahan untuk sos strawberi:

300 g strawberi (dikisar halus)
2 camca besar gula halus
1 camca besar perahan limau nipis

Cara-cara

Jerang krim putar bersama gula pasir di dalam periuk kecil di atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga gula larut. Ketepikan.

Masukkan gelatin sayuran, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam mangkuk, biar lima minit. Masukkan dadih bersama esen vanilla, kacau hingga ia sebati. Kocak sedikit air di dalam acuan pilihan.

Buang air (biar acuan basah). Tuang adunan tadi di dalam acuan, biar ia dua jam. Gunakan pisau dicelup di dalam air suam untuk mencungkil tepi dadih supaya ia mudah dikeluarkan daripada acuan. Bubuh dadih di dalam piring dan dihidang.

Untuk sos strawberi pula, gaul strawberi bersama gula halus dan perahan limau nipis hingga ia sebati. Tuang sos di atas permukaan dadih tadi.