Crepe with Orange Sauce.

Ramuan / Bahan

Pankek:
100gm tepung gandum
1 biji telur(dipukul)
250ml susu UHT
10gm mentega(dicairkan)
sedikit garam
Orange Sauce:
250ml air suling
50gm gula kastor
12gm tepung jagung(dilarutkan dengan sedikit air)
1 biji oren(dapatkan jusnya sahaja)
oren zest(kulit oren)

Cara-cara

Pankek:
1.Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan.
2.Kaup balikkan adunan.Buat lubang di tengah,masukan telur yang telah dipukul diikuti dengan susu UHT.Gaul sebati.
3.Kemudian,masukkan mentega yang telah dicairkan tadi.
4.Jika adunan berketul,masukkan bancuhan tadi ke dalam mesin pengisar(blender)sehingga bancuhan licin dan tidak berketul.
5.Panaskan pan(non-stick pan) dengan api yang kecil.
6.Masak pankek seperti menyediakan lempeng panas.Pastikan pankek tidak terlalu kecil ataupun besar.

Orange sauce:
1.Masukkan air dan gula kastor ke dalam periuk kecil.Kacau hingga gula larut.Gunakan api yang sederhana.
2.Kemudian,masukkan bancuhan tepung jagung tadi ke dalam periuk.Kacau sehingga adunan pekat dan likat(melekat pada bahagian belakang senduk kayu).
3.Masukkan jus oren tadi,diikuti dengan oren zest(kulit oren yang telah dipotong/dihiris memanjang ataupun seperti potongan Julienne dan dicelur sebentar di dalam air panas).Kacau sebentar dan tutup api.Hidang.