Baulu Fecak

Ramuan / Bahan

7 biji telur
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
sedikit pewarna kuning
Bahan Untuk Sirap Gula

2 ½ cawan gula pasir
½ cawan gul merah
5 cawan air

Cara-cara

1. Terlebih dahulu tepung gandum bersama tepun beras disagai.
2. Pukul telur hingga kembang.Masukkan tepung yang telah disagai sedikit-sedikit.Gaul hingga sebati.Masukkan pewarna kuning.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
4. Kukus ia kira-kira dalam masa 20 minit. Angkat dan keluarkan.Setelah sejuk, baulu tadi dipotong-potong.
5. Masak gula pasir dan gula merah bersama 5 cawan air, dikacau sehingga pekat.
6. Masukkan kepingan baulu yang telah dipotong-potong ke dalam air gula.
7. Balik-balikkan kepingan baulu tersebut.
8. Akhir sekali, angkat dan keluarkan.
(lebihan air gula tadi dimasukkan dalam bekas yang berisi kepingan baulu tadi.)