Baked Apple Slices with Peanut Butter Crumble

Ramuan / Bahan

4 cawan kepingan epal
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
3 sudu kecil marjerin
1 cawan quaker oat
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan peanut butter (kasar)

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 350F', Griskan loyang bersaiz 9 inci persegi
2. Didalam bekas, gaulkan epal bersama 3/4 cawan gula dan 1/4 cawan tepung. Masukkan kedalam loyang pembakar. Ratakan dan titikan dengan 2 sudu kecil marjerin
3. Campurkan oat,lebihan tepung dan gula bersama serbuk kayu manis, ketepikan.
4. Cairkan 1 sudu teh marjerin bersama peanut butter diatas dapur gas. Sejukan sebentar dan gaulkan bersama-sama campuran oat dan tepung tadi sehingga menjadi seperti serbuk roti.Taburkan ke atas epal tadi.
5. Bakar selama 40 mins atau sehingga epal lembut dan kekuningan.