Agar

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan

1 bungkus agar-agar kunyaku
3 cawan gula pasir
1 jug air
1 tin buah koktail
1 sudu makan perasa strawberry
Perwarna kunyaku merah jambu atau mengikut suka hati
Cetak khas untuk agar-agar kunyaku

Cara-cara

Cara-cara

Agar -agar dicampur bersama gula. Gaul hingga rata. Masukkan air, masak di atas api. Setelah menidih, masukkan perasa strawberry. Air buah koktail tadi dimasukkan ke dalam agar-agar tadi dan letakkan perwarna. Masak hingga agar-agar itu pekat sedikit. Matikan api. Aturkan acuan, letakkan buah sedikit-sedikit dan masukkan 1 senduk kecil agar-agar. Penuhkan acuan. Sejukkan dulu, barulah boleh dimasukkan di dalam peti sejuk.