Bubur Rasalah

Ramuan / Bahan

1 cawan beras
5 ½ cawan air
100 gram dada ayam (dipotong dadu)
100 gram lobak merah (dipotong dadu)
2 kiub perasa ayam
50 gram lobak masin
Garam secukup rasa Bahan-Bahan Kisar:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan Untuk Ditabur:
Hirisan daun bawang

Cara-cara

Beras direbus bersama-sama dengan air sehingga kembang. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama dengan dada ayam yang telah dipotong dadu itu.

Masak sehingga ayam empuk. Kemudian masukkan kiub perasa ayam. Sentiasa mengacau untuk mengelakkan bubur berkerak bahagian bawah. Selepas itu masukkan pula lobak yang dipotong dadu dan lobak masin.

Biarkan sebentar sehingga bubur pekat. Masukkan garam secukup rasa. Kacau dan angkat. Tabur hirisan daun bawang semasa menghidangkannya.