Nasi Goreng Dabai Jeruk

Ramuan / Bahan

1 mangkuk sederhana nasi putih
3 sudu makan dabai jeruk(asingkan biji)
2 biji cili padi ditumbuk halus
1 biji cili merah dihiris
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai sawi dipotong

sedikit ikan bilis dibelah dua
beberapa ekor udang (kecil)
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara-cara

1.Panaskan minyak dan tumis cili padi,
bawang merah dan putih,ikan bilis,
udang.Biar seketika.
2.Masukkan dabai jeruk,garam dan gula.
Gaul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan nasi dan cili hiris.
Gaul rata-rata hingga sebati baru
masukkan sawi. Gaul rata-rata sekali
lagi sekejap barulah diangkat.