Seapack Nasi Goreng

Ramuan / Bahan

500 gm Seapack Filament (berperisa ketam)
1 kg nasi

Bahan tumis:

5 ulas bawang putih (dititik)
50 gm bunga kobis
50 gm lobak merah
30 gm kacang panjang
5 batang jagung muda
3 biji cili merah (dihiris)
Minyak masak
Garam secukup rasa Bahan untuk sos:

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk perisa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan masukkan bahan tumis.

Kemudian masukkan bahan sos, tambahkan sedikit air dan biarkan ia sehingga masak.

Kemudian masukkan Seapack Filament berperisa ketam dan goreng selama 2 minit.Selepas itu diangkatkan kuahnya dan ketepikannya.

Panaskan dua sudu besar minyak dan masukkan seidkit kuah tadi. Kemudian masukkan pula nasi dan dihidangkan.