Salad Istemewa Buah

Ramuan / Bahan

2 bungkus Macaroni (Bentuk dan warna yg berbeza-agar nampak lebih menarik.

susu cair Ideal (Ikut Kesesuaian Resepi)

Susu pekat Ideal

Mayonis manis (Ikut kesesuaian Resepi)

1 peket kismis (Sederhana besar)

1 sudu kecil bahan pewarna (Pink)

2 tin buah-buahan campur dlm tin

2 tin buah longan

2 tin buah rambutan

2 tin buah kelapa laut

(Terpulang kesukaan individu dlm memilih buah2an dlm tin)

Cara-cara

1)Rebus macaroni sehingga kembang dan toskan airnya sehingga kering (Biarkan sejuk)

2)Sediakan macaroni dlm bekas besar, kemudian masukkan kesemua buah2an dlm tin yg telah dibuang airnya satu persatu.
(Kacau rata)

3)Masukkan mayonis,susu pekat dan susu cair (kacau rata)

4)Akhir sekali masukkan kismis dan serbuk pewarna,kemudian gaul sebati.