Pulut Serawa Lemak

Ramuan / Bahan

300 gm pulut
1 cawan kelapa parut
½ biji durian
2 cawan santan pekat ½ cawan perahan air pandan
½ cawan gula pasir
Sedikit kismis

Cara-cara

Cuci pulut dengan bersih, rendam selama 8 jam. Kukus pulut hingga separuh kembang. Masukkan kelapa parut dan dua cubit garam, gaul rata. Kukus semula pulut hingga kembang dan masak. Bila sudah masak, gaulkan dengan kismis dan masukkan dalam acuan. Tekan pulut sekuat mungkin agar ia dapat dibentuk dengan cantik dalam acuan. Ketepikan. Masukkan isi durian, santan pekat, gula pasir, air perahan pandan dan secubit garam ke dalam periuk.
Masak di atas api yang kecil & kacau kuah durian hingga mendidih & pekat. Keluarkan pulut daripada acuan. Letakkan ke dalam pinggan.