Pulut Panggang

Ramuan / Bahan

500 gm beras pulut (dikosek & ditoskan)
1 ½ cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2-3 sudu minyak jagung
90 gm udang kering (direndam,dibersihkan & ditumbuk)

Bahan Tumbuk:
2 batang lada merah
10 ulas bawang merah
½ sudu lada sulah
4 biji buah keras
1 culas bawang putih ½ biji kelapa (dibuang kulit arinya & dipatutkan & ditumbuk)
Daun pisang untuk membungkus (dilayurkan)
2 helai daun pandan
1 sudu garam

2.5 cm kunyit hidup
1 sudu ketumbar (direndang)
1 sudu belacan (dibakar)
½ sudu gula pasir
1 sudu garam

Cara-cara

Dalam sebuah kuali mungkum,gaulkan pulut,santan,daun kunyit,daun pandan & garam. Kukuskan campuran itu hingga pulut masak tetapi tidak terlalu kembang (benyet).Keluarkan daun-daun itu & ketepikan pulut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana & gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit lagi.Masukkan kelapa,kacau & gorenglah sehingga kering. Jaga jangan sampai hangus. Rasalah garamnya & angkat dari api. Sejukkan. Bubuh sedikit pulut di atas pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.
Bahagikan inti dengan sama rata,& gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama 30 minit, dengan membalik-baliknya selalu. Hidangkan panas-panas atau sejuk dalam bungkusan.